Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Post cliche hari ibu

Saturday, May 7, 2011
Sempena dengan hari Ibu ni, rata-rata aku blog aku baca semua berkaitan ibu/emak masing-masing; semua tulis  tentang luahan hati mereka mengenai jasa dan pengorbanan mak mereka, tentang kasih sayang mak yang tiada tolok bandingannya, tentang masakan mak mereka yang sangat sedap, i.e. tentang mengapa mak mereka adalah mak yang ter awesome sekali sekalian alam. I know it sounds cliche. Yet, who won't say their moms are the best of all moms. Kan? kan?

So, here I am writing the similar topic on this blog. To be honest, aku bukan jenis yang sambut hari Ibu, hari Bapa ni..and neither do my parents. Kalau tak ter baca/lihat/dengar kat mana-mana memang aku tak tahu sambutan hari-hari tu bila. So, memang jarang wish "hari ibu/bapa" all the previous years. And mereka ni pun tak expect aku dan adik-adik aku yang lain utk wish mereka. Lagipun parents aku jenis yang agak oldschool sikit..dorang tak biasa dengan benda2 official ni.

Kalau wish mesti nanti rasa awkward. Ye la..sebab tak pernah2 buat..tetiba buat. Tapi semalam semasa aku buat panggilan rutin mingguan dengan family, ntah macam mana mulut aku terlepas cakap "selamat hari Ibu, mak" masa nak end call dengan mak aku. Surprisingly, I had no that kinda "awkward" feeling. Ntah la..maybe sebab cakap over the phone kot. Cuba kalau face-to-face. hahaha.Mak aku punyer respone macam biasa la...mula-mula dia tegelak sikit. Lepas tu dia cakap terima kasih. Then, dia wish aku buat yang terbaik utk final exam ni..then Asalamualaikum, then bye...

Sebenarnya, bila aku pikir balik Hari Ibu ni ada jugak baiknya. Memang la orang kata "buat apa ada hari ibu semua tu. Kan hari-hari Hari Ibu kalau kita betul-betul menghargai ibu kita". Memang la betul. Tak dinafikan all our actions, good deeds , and proud achievement more or less tell how much we love our moms/parents. But, without one special day, called this "Mothers Day", are all those translated into words/expression?

Lagi pun wishes kita tu akan menguatkan lagi yang kita betul-betul sayang dan hargai mereka. Jangan la pulak mulut kata sayang tapi kelakuan menggambarkan sebaliknya nya. Itu lain cerita la kan..

So, kepada sesiapa yang rasa malu-malu kucing untuk wish Hari Ibu tu, aku sarankan ucap saja. Kalau malu face-to-face, cakap over the phone ke dulu. Memang la sesetengah parents tu tak response sangat wish2 sebegini..tapi percaya lah dalam hati sedikit sebanyak  mesti dorang terkesan juga. =)

Say it out loud!


Ok, I got to bed now. Esok tanggal 8hb pukul 7.45 pagi bermula paper final aku. Harap-harap dipermudahkan. Amin...